Selasa, 11 Oktober 2011

Fida & Mamat Putus Cinta.

Blog gosip terbaru malaysia: Fida telah mengambil keputusan untuk memutuskan percintaannya dengan Mamat.



kontroversi cinta mamat dan fida bermula dengan mamat sepah terlanjur memuat gambar fida yang tidak bertudung di laman facebook, kesannya Fida mendapat kritikan liar daripada peminat-peminat. walaubagaimanapun Fida sudah memaafkan Mamat. Tapi tidak secara 'face to face' hanya melalui SMS. 


Keputusan pengakhiran episod cinta ini diambil Fida melalui temubual berkenaan:
  
Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?
jawabnya:  isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”
Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja.

Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?
(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukan’nya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni

Ada pesanan untuk Mamat kalau kalau dia membaca tulisan kami?
Fida harap di’masa akan datang kalau kita di’jodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua

sumber: http://www.izyan.com


Isnin, 10 Oktober 2011

Lan A to Z, akan berkahwin 11 November ini



Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau dikenali Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud berasal daripada Dengkil, Selangor. 

Lan mengenali Ain sejak 3 tahun yang lalu apabila Ain menghadiri sesi ujibakat di studionya di Gombak. Ingat lagi kes di mana bekas isterinya,  Marcella melarikan diri ke rumah keluarganya di England membawa bersama tiga anaknya hasil perkahwinan mereka tiga tahun lepas kerana menuduh Lan A to Z tidak pandai memberi nafkah sedangkan Lan sedang mengalami masalah kewangan.





Apa pulak kata bekas isteri lan ye:  Marcella yang dihubungi menerusi laman sosial facebook

“Saya doakan siapa yang jadi isteri dia di masa depan akan gembira dan semoga murah rezeki dan bahagia sampai ke anak cucu. Saya tahu mengenai hal ini kerana dia dah cerita dan saya suruh dia kenalkan kami sebab dia (Ain) akan jadi ibu tiri anak-anak saya. Dan saya suruh dia (Lan) jaga budak itu elok-elok. Tiada masalah kerana kami tetap keluarga walaupun bukan suami isteri. Saya gembira untuk dia.
“Lan tidak jemput saya lagi tapi nanti bakal isteri dia tidak selesa pula. Lagipun bukan murah nak ke sana. Tapi Lan dah janji yang budak-budak (anak-anak) akan berkenalan dengan Ain melalui skype sebelum bernikah,” kata Cella yang mengakui tetap berhubung dengan bekas ibu mentuanya kerana dia seorang yang kelakar.

Ahad, 9 Oktober 2011

Izreen Azminda Makan Hati Kerana Johan Asaari

Blog gosip terbaru malaysia

Izreen Azminda, pelakon wanita yang mula mencipta nama melalui drama Juvana, mengakui dia terkilan dengan Johan Asaari yang mula renggang dengannya sejak pelakon itu mula berlakon dengan Fasha Sandha untuk drama Cinta Elysa. Dia terasa kerana Johan bersikap dingin dan tidak endahkan dirinya sejak mula berlakon dalam drama itu. Apatah lagi bila keluar gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet dalam artikel yang dikeluarkan oleh : Utusan Malaysia.


Soal jawab:

ADA yang kata Izreen terasa dengan Johan sebab dia nampak mesra dengan Fasha dalam drama Cinta Elysa. Betulkah?
Memang saya terasa dan terkilan dengan dia. Sebab dia bersikap dingin dan tidak endahkan saya sejak mula berlakon dalam drama itu. Tiba-tiba keluar pula gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet. Mestilah saya terasa.
Jadi betullah khabar angin mengenai awak dan Johan bercinta?
Memang kami ni tak sampai ke tahap bercinta, sampai nak kahwin. Tapi hubungan kami sangat rapat. Rapat sejak kami digandingkan dalam drama Juvana tempoh hari. Tapi hubungan itu semakin renggang bila Johan berlakon dalam Cinta Elysa.
Kalau kawan kenapa nak terasa sangat? Atau memang suka dengan Johan?
Saya mengaku yang saya suka pada Johan. Dulu masa mula-mula bertemu, sumpah! Saya memang langsung tak suka dia. Tapi dia pandai berbual dan ambil hati sampai saya mula selesa dan suka pada dia. Saya percaya sesiapa pun akan tertarik dengan dia. Mungkin karakter dia memang begitu.
Jadi apa masalahnya?
Kalau tak bercinta sekali pun, sebagai seorang sahabat yang rapat dengan dia, kenapa secara tiba-tiba dia berubah dan tak endahkan saya selepas terlibat dalam drama itu? Dulu hampir setiap hari dia akan menghubungi dan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada saya. Dulu cakap dengan saya lain, sekarang lain pula.
 
Apa yang pernah dia cakap pada Izreen?
Saya tak mahu dedahkan. Biarlah itu antara saya dan dia sahaja yang tahu kebenarannya.
Apa reaksi Izreen bila tengok gambar dan kata-kata ala cinta antara Johan dan Fasha di Tweeter?
Pada mulanya saya tak tahu pun. Kawan-kawan yang beritahu dan tunjuk. Bayangkan perasaan saya bila tengok tu semua. Memanglah kalau boleh saya tak mahu fikir sangat. Tapi kawan-kawan sekeliling bertanya macam-macam hal dan semuanya ditala pada saya. Mestilah saya tertekan. Nak jawab apa pun tak tahu. Iyalah sebab orang tahu kami sangat rapat.
Apakah Izreen anggap Johan mengkhianati hubungan kalian?

Kalau cakap pasal perasan, sebenarnya bercampur-baur. Rasa kecewa, rasa dipermainkan, rasa bodoh semua ada! Tak adalah, saya ni pun berlakon juga, tapi ada ke saya nak bergambar macam tu dan bagi ucapan-ucapan manja dalam Tweeter dengan pelakon lelaki lain?

Mungkin Johan tak biasa lagi dengan realiti drama dalam industri hiburan, mudah dipermain-mainkan. Apa komen Izreen?
Dia orang baru. Mungkin dia teruja dapat berlakon dengan seorang pelakon cantik. Saya masih ingat lagi, dulu masa mula-mula dia berlakon, nak bergambar dengan perempuan pun dia segan-segan. Ada sekali siap berdoa sebab terlalu gementar. Tapi betullah orang cakap. Manusia boleh berubah. Dia mungkin akan kata yang ia sekadar lakonan.
 
Apa nasihat pada Johan?
Saya harap dia tak berubah hanya kerana sudah semakin popular sekarang. Orang kata macam kejutan budayalah. Saya juga harap dia lebih berhati-hati dan pandai membawa diri. Lagi satu, saya sebenarnya tak berdendam dengan dia. Memang saya terkilan tapi itu bukan alasan untuk saya tidak bersikap profesional seandainya kami digandingkan lagi dalam projek drama seterusnya.

Sumber: http://beautifulnara.com/

Ekin hamil 4 bulan buat kali ke-3

Blog gosip terbaru malaysia
Selepas dua kali berturut-turut mengalami keguguran, Norashikin Rahman atau Ekin sekali lagi dikhabarkan megandung untuk kali ketiga.

Mengharapkan kandungannya yang sudah pun berusia 4 bulan 2 minggu berada dalam keadaan sihat sehingga tiba waktu kelahiran nanti, Ekin memberitahu dia telah mengambil suntikan menguatkan rahim serta mengambil suplemen tambahan pada bulan ketiga kandungannya.

“Doktor telah menasihatkan saya agar tidak berjalan jauh dan makan makanan panas. Sebab itulah ibu saya mengambil keputusan untuk menjaga di kampung selama tiga bulan pertama.”



Menyentuh tentang soal jantina anak, Ekin dan Mawi tidak kisah sama ada dikurniakan anak lelaki mahupun perempuan kerana itu adalah rezeki. Apa yang penting, keselamatan diri dan bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan selamat ketika melahirkan kelak.

Harap kandungan Ekin kali ini selamat sehingga dilahirkan nanti.. tak sabar rasanya nak tengok anak pertama Mawi dan Ekin ni kan..