Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau dikenali Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud berasal daripada Dengkil, Selangor.
Lan mengenali Ain sejak 3 tahun yang lalu apabila Ain menghadiri sesi ujibakat di studionya di Gombak. Ingat lagi kes di mana bekas isterinya, Marcella melarikan diri ke rumah keluarganya di England membawa bersama tiga anaknya hasil perkahwinan mereka tiga tahun lepas kerana menuduh Lan A to Z tidak pandai memberi nafkah sedangkan Lan sedang mengalami masalah kewangan.
Apa pulak kata bekas isteri lan ye: Marcella yang dihubungi menerusi laman sosial facebook
“Saya doakan siapa yang jadi isteri dia di masa depan akan gembira dan semoga murah rezeki dan bahagia sampai ke anak cucu. Saya tahu mengenai hal ini kerana dia dah cerita dan saya suruh dia kenalkan kami sebab dia (Ain) akan jadi ibu tiri anak-anak saya. Dan saya suruh dia (Lan) jaga budak itu elok-elok. Tiada masalah kerana kami tetap keluarga walaupun bukan suami isteri. Saya gembira untuk dia.
“Lan tidak jemput saya lagi tapi nanti bakal isteri dia tidak selesa pula. Lagipun bukan murah nak ke sana. Tapi Lan dah janji yang budak-budak (anak-anak) akan berkenalan dengan Ain melalui skype sebelum bernikah,” kata Cella yang mengakui tetap berhubung dengan bekas ibu mentuanya kerana dia seorang yang kelakar.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan